PIAWAIAN PRODUK
Memilih FARMASI bermakna membuat pilihan yang terbaik untuk kulit, badan dan kediaman anda. Daripada penjagaan kulit dan kosmetik sehingga nutrisi dan produk penjagaan rumah, anda boleh mempercayai bahawa produk Farmasi teleh dirumuskan mengikut piawaian keselamatan dan keberkesanan yang tinggi. Pengasas kami, Dr. Cevdet Tuna membangunkan syarikat ini dengan prinsip kecemerlangan dan integriti dan prinsip tersebut menjadi penanda aras dalam apa yang kami lakukan.
MENINGKATKAN TARAF
Oleh kerana FARMASI mematuhi piawaian Eropah, produk kami berpegang kepada standard yang lebih tinggi, ianya bermaksud:
Bahan-bahan yang selamat dan efektif.
Pendaftaran, penilaian, kebenaran dan sekatan bahan kimia yang digunakan dalam rumus kami.
Label dan bungkusan yang jelas dan tepat.
Dakwaan keberkesanan yang tulen dan diuji makmal.
PENYATAAN YANG ANDA BOLEH PERCAYAI
Setiap penyataan yang kami buat telah diuji dan disahkan, memberikan anda bukan sahaja produk yang terbaik, tetapi juga yang paling berkesan yang boleh kami tawarkan. Kami buktikan keberkesanan produk yang kami tawarkan melalui ujian makmal dan kaedah ujikaji yang tercanggih. Proses ini disokong dengan ujian pengguna, kajian klinikal, dan ujian dermatologi.
PROSES LEBIH BAIK – PRODUK LEBIH BAIK
Produk kami dibuat di fasiliti yang diiktiraf Good Manufacturing Practices (GMP). Pengiktirafan GMP memastikan reka bentuk, pemantauan dan pengawalan proses pembuatan dan fasiliti yang tepat supaya anda boleh mempercayai bahawa produk anda dihasilkan di bawah penguatkuasaan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan dijamin mempunyai kualiti yang tinggi.
PRODUK JENAMA FARMASI
- Suruhanjaya Persekutuan bagi Perlindungan terhadap Risiko Kesihatan (COFEPRIS)
- Cadangan California 65
Kosmetik FARMASI mencapai keseimbangan yang sempurna, menyediakan produk-produk yang mengikut peredaran masa untuk jurugambar solekan profesional dan pengguna harian dari pelbagai peringkat umur dan etnik yang mencari solekan berkualiti tinggi. Kini, semua orang mempunyai akses untuk kelihatan dan berasa cantik dengan harga yang berpatutan.
Produk kosmetik dan penjagaan diri kami:
Tidak diuji pada haiwan
Bebas bahan haiwan
Bebas logam yang kuat
Bebas gluten
Bebas paraben
DR. C. TUNA
Sentiasa berada di barisan hadapan inovasi, solusi penjagaan muka Dr. C. Tuna membawa teknologi canggih melalui regimen yang boleh disesuaikan ke dalam pelbagai gaya hidup. Lahir daripada keseimbangan sempurna antara alam sekitar dan sains, produk Dr. C. Tuna dibuktikan secara klinikal mempunyai hasil yang nyata, keputusan yang meneraju industri. Produk Dr. C. Tuna mengikut piawaian keemasan kami seperti berikut:
- Terbukti secara dermatologi
- Bebas paraben
- Bebas logam berat
- Bebas gluten
- Bebas SLS
- Bebas bahan haiwan
- Tidak diuji pada haiwan
- Dihasilkan di dalam persekitaran makmal yang bukan GMO
NUTRIPLUS
Kecantikan sebenar lahir daripada luar dan dalam. Suplemen nutrisi kami dirumuskan dengan kualiti piawaian yang tertinggi untuk memastikan penggunaan yang selamat dan efektif.
Produk Nutriplus
- Bebas bahan GMO
- Bebas gluten
- Bebas soya
- Bebas tenusu
- Bebas logam berat
- Bebas perisa dan pewarna tiruan
Produk kami mengikut peraturan dan piawaian:
- Arahan Suruhanjaya EU 2008/88/EC
- Arahan Majlis 76/768/EEC
- Peraturan (EC) 1907/2006 ("REACH")
- Peraturan (EC) 396/2005
- Peraturan (EC) 1223/2009
- Undang-undang Kosmetik Turki No. 5324
- Piawaian Persatuan Wangian Antarabangsa (IFRA)
- Sistem Global UN (GHS)
- Peraturan EU 1272/2008
- Akta Makanan, Dadah dan Kosmetik Persekutuan (FD&C Act) dan Akta Pembungkusan dan Pelabelan Adil (FPLA)
- Kebanyakkan produk kami adalah “vegan”
- Produk kami tidak mengandungi logam berat
- Produk kami tidak mengandungi paraben
- Produk kami bukan GMO
- Produk kami tidak diuji pada haiwan
- Produk kami diuji secara dermatologi
- Bebas SLS
- Produk kami tidak mengandungi Gluten
Anda boleh melihat rumus kami yang dibuat tanpa wangian di sini.

Anda boleh melihat rumus kami yang dibuat tanpa wangian di sini.
If you have any quenstions you can contact me
Hi, I'm NUR LIYANA YASMIN BINTI MOHD RAZALLI Totoi
You came to this page with my link and you are shopping through my link. You can access my information when you click on the box with my picture and name at the bottom left. You can contact me if you need support.